fbpx

Liga Super: Sri Pahang tewaskan Kedah FC 2 – 0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang Sri Pahang FC, Andres Steven Rodriguez (tengah) diasak oleh pemain Kedah Darul Aman FC, Muhammad Khairu Azrin Khazali (kanan) pada perlaeanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Oleh ASZAHARI ALI

KUANTAN – Dua gol jaringan Steven Rodriguez membolehkan Sri Pahang menang ke atas skuad Kedah FC di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.

Seperti dijangka, pertembungan dua pasukan ini sememangnya sengit dengan pelbagai gerakan menarik.

Seawal minit kedua, tandukan Wan Ronald Ngah melepasi palang gol walaupun penjaga gol Sri Pahang, Mamadou Massa sudah tertewas.

Anak buah Datuk Dollah Salleh juga tidak hanya membiarkan pelawat membuat percubaan, sepakan Abd. Malik Mat Arif dari luar kotak penalti berjaya diselamatkan Mohd. Ifwat Akmal Che Kassim.

Berselang dua minit, sekali lagi penjaga gol skuad kenari itu berjaya menepis keluar bola sepakan Steven Rodriguez.

Kedah berpeluang mendahului tuan rumah selepas Massa terlepas bola tetapi tidak jatuh ke dalam jaring sebaliknya keluar padang membolehkan skuad kenari hanya mendapat sepakan sudut.

Sri Pahang melalui Manuel Hidargo berpeluang untuk mencatat nama selaku penjaring gol tetapi sepakan deras bola mati berjaya ditepis keluar Mohd. Ifwat.

Steven Rodriguez akhirnya mengembirakan penyokong Sri Pahang selepas berjaya menjaringkan gol melalui kuisan menarik yang menewaskan penjaga gol skuad kenari.

Sri Pahang terus mengasak ke arah gol pelawat dan berjaya mendapat sepakan sudut minit 46 tetapi keputusan kekal Sri Pahang mendahului Skuad Kenari di separuh masa pertama.

Kedua-dua penjaga gol menunjukkan persembahan terbaik selepas berjaya mengawal gawang masing-masing.

Walaupun keadaan padang basah kerana hujan, kedua dua pasukan masih saling berbalas serangan untuk mendapatkan gol.

Minit 66, Steven Rodriguez berjaya menolak masuk bola ke gawang Kedah selepas tendangan kencang Hidalgo gagal di tangkap kemas Mohd. Ifwat untuk Sri Pahang selesa dengan 2-0.

Keputusan itu kekal hingga wisel penamat walaupun Kedah FC melakukan pelbagai percubaan tetapi Massa kental mengawal pintu gol Sri Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI