fbpx

Lelaki putus kaki digilis kereta api semasa tidur di landasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA kecemasan mengutip bahagian kaki mangsa yang putus di landasan. – Pattaya News

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand kehilangan kakinya akibat digilis kereta api selepas tertidur di landasan kerana mabuk, lapor laman berita Thaiger semalam. 

Insiden berlaku Sabtu lalu di perbandaran Nong Prue di daerah Lamung, Chon Buri. 

Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu dianggarkan berusia 40 tahun. Dia dikatakan sangat mabuk ketika ditemui Polis Nong Prue yang menerima aduan kes itu pukul 4.30 petang (waktu tempatan).

Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati lelaki itu menangis teresak-esak dalam kesakitan kerana kakinya putus akibat digilis kereta api yang melalui landasan.

Polis menemui botol arak jenis wiski Thai berhampiran lokasi kejadian. Mangsa didapati menghabiskan sebotol minuman keras itu dan sangat mabuk lalu tertidur di landasan kereta api dengan meletakkan kaki di atas landasan, manakala kepala dan badannya di tepi landasan.

Semasa kereta api menghampirinya, konduktor kereta api ternampak sesuatu di hadapan landasan dan memberitahu kakitangannya. Mereka tidak dapat melihat dengan jelas dan menyangka ia adalah sejenis kayu atau sesuatu yang serupa, menghalang trek.

Walaupun mereka berhasil mengesan seorang lelaki pengsan di landasan, kereta api itu tidak dapat dihentikan dengan cukup pantas untuk mengelak perlanggaran.

Lelaki itu dibawa ke hospital tempatan bersama-sama dua kakinya yang terputus pada paras lutut. 

Menurut maklumat terkini yang diperoleh, mangsa masih berada di hospital selepas menjalani pembedahan kecemasan. Dia dijangka bertahan hidup tetapi kakinya tidak mungkin boleh disambung semula. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI