fbpx

Lelaki Britain sakit hati wanita cantik AS gunting uncang teh sebelum bancuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Emily mengambil sebilah gunting lalu memotong bahagian atas uncang teh tersebut sebelum menuang serbuknya ke dalam secawan air panas. – TikTok

WASHINGTON – Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) menjadi sasaran kecaman netizen Britain kerana membancuh teh dengan cara menggunting bahagian atas uncang minuman tersebut bagi tujuan ‘melarutkan’ serbuk teh, lapor laman berita Lad Bible.

Dalam satu klip video TikTok yang dimuat naik oleh Emily Zugay,  wanita itu berkata, dia membuat keputusan untuk mencuba minuman kegemaran warga Britain dan membancuh secawan teh buat pertama kali seumur hidupnya.

“Hari ini, saya cuba minum air teh kerana tidak pernah melakukannya sebelum ini. Saya ingin mencuba teh yang sesuai untuk tidur dan saya menggunakan uncang  besar kerana mungkin saya akan menyukainya,” kata Emily dalam video tersebut.

Dia kemudian dilihat mengambil sebilah gunting lalu memotong bahagian atas uncang teh tersebut sebelum menuang serbuknya ke dalam secawan air panas.

“Jadi, anda perlu mengacau serbuk teh ini dan saya berpendapat ia akan larut di dalam air dalam beberapa minit lagi,” katanya.

Selepas beberapa minit, seperti dijangka, daun teh tersebut tidak larut, namun ia tidak menghalang Emily untuk mencuba minuman itu.

“Sudah beberapa minit dan tiada apa-apa yang berlaku (tidak larut). Saya cuba merasai air teh ini, namun rasanya amat teruk. 

“Mereka perlu mencipta sesuatu untuk menempatkan serbuk-serbuk teh ini (seperti uncang teh yang telah dipotong) kerana jika tidak, ia akan memenuhi cawan,” ujarnya.

Pada akhir video itu, Emily memberikan rating pengalamannya meminum teh iaitu sifar. 

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen mengecam tindakan wanita berkenaan yang memotong uncang teh.

“Sebagai seorang penggemar teh, video ini membuat saya berasa amat tidak selesa. Seperti menonton filem seram, tahniah,” kata seorang netizen.

“Sebagai seorang lelaki Britain, ini amat menyakitkan hati saya,” kata seorang lagi pengguna. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI