MESKIPUN kedengaran agak remeh dan tidak masuk akal tetapi itulah yang terjadi apabila penyanyi Jisun dikecam hanya kerana tindakannya memanggil seorang petugas dengan cara yang kurang sopan.
Kejadian berlaku ketika dia dan anggota Fromis_9 yang lain menghadiri sebuah perlawanan besbol dan kehadiran mereka di situ dirakam kamera.
Bagaimanapun, peminat mendapati Jisun bertindak kurang sopan apabila memanggil seorang petugas lelaki di hadapannya dengan cara yang tidak kena iaitu hanya memetik jarinya beberapa kali sebelum menunjukkan ke arah sesuatu.
Biarpun tidaklah biadap, tetapi peminat meluahkan rasa kurang senang dengan bahasa tubuh yang digunakan Jisun ketika itu.
Statusnya sebagai artis idola harus menunjukkan kelakuan sopan dan menghormati semua orang.
“Memanglah nampak tak bermasalah tetapi lebih baik kalau dia tak berbuat demikian,” kata seorang peminat.