fbpx

Ainul Mardhiah ditidurkan, virus merebak semua anggota badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Ainul sekarang yang dikongsikan ibunya.

MELAKA – Bapa Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin Ahmad Razak memaklumkan kanak-kanak itu sedang ditidurkan dan menggunakan bantuan ventilator di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Dalam kenyataan dikeluarkan petang tadi, Ahmad Safiuddin berkata, doktor mengesahkan Ainul telah terkena jangkitan kuman dan virus itu merebak hampir ke semua anggota.

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi anaknya dirawat.

“Ainul dapat jangkitan kuman dan kemungkinan ada sekali virus. Serangan kali ini agak kuat dan cepat. Serangan di tahap kritikal.

“Ainul mula tunjuk tanda pada hari Jumaat lalu, itu pun hanyalah batuk biasa dan secretion (rembesan) mula banyak tetapi belum demam.

“Pada hari ketiga (Ahad) kami tengok keadaannya masih tak pulih, kami bawa ke hospital untuk membuat pemeriksaan dan prosedur x-ray (sinar-x) dibuat nampak paru-parunya penuh tompok putih, begitu juga pada ususnya,” katanya.

Tambahnya lagi, doktor turut memaklumkan jangkitan itu berbahaya dan memutuskan untuk menggunakan ventilator ekoran virus tersebut dikesan mula merebak hampir ke semua bahagian.

“Hari ini (Isnin), doktor putuskan untuk sokong Ainul guna ventilator sebab virus itu mula merebak hampir di semua tempat. Para doktor di sini buat sehabis baik,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Ainul yang dahulunya pernah mendapat perhatian rakyat Malaysia selepas menjalani pembedahan di London menghidap Germ Cell Tumor kini berada Unit rawatan rapi Pediatrik (PICU) ekoran jangkitan kuman di dalam badannya.

Perkara sedih itu dikongsi ibunya, Nurul Erwani Zaidi menerusi Instagram hari ini.

Dr. Nur Amalina Che Bakri yang sebelum ini membantu Ainul menjalani pembedahan mengeluarkan tumor seberat 200 gram di dalam mulutnya di London pada 2019 turut menciap mengenai berita duka itu di laman sosial Twitternya.

“Baru sahaja mendapat khabar berita daripada ibu Ainul. Ya Allah, marilah kita sama-sama doakan untuk adik Ainul. Semoga cepat sembuh.

“Ainul sayang , you have done it many times before, you can do it again! Keep fighting sayang! InsyaAllah,” ciapnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI