fbpx

Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh lelaki warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash

IPOH – Polis menahan empat lelaki warga asing bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki disyaki dibunuh di sebuah rumah di Buntong di sini semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia lingkungan 33 hingga 46 tahun itu diberkas di sekitar Buntong pada pukul 1.15 tengah hari tadi.

Katanya, turut dijumpai sebatang tukul besi yang dipercayai digunakan sebagai senjata untuk mendatangkan kematian kepada mangsa.

“Pihak polis menerima laporan berkaitan seorang lelaki warga asing yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah rumah di Buntong semalam.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati lelaki berusia 37 tahun itu terbaring di atas lantai dalam keadaan berbantal dan berselimut. Lelaki itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pada awalnya kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada unsur jenayah dijumpai pada tubuh mangsa mahupun lokasi kejadian.

Bagaimanapun katanya, hasil bedah siasat yang dilakukan mendapati punca kematian akibat kecederaan di bahagian perut akibat pukulan objek tumpul.

“Kes tersebut diklasifikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Permohonan reman ke atas kesemua suspek yang merupakan adik beradik, bapa saudara dan rakan kepada mangsa itu akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Ipoh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI