PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan hujan lebat serta ribut petir di negeri Kedah dan Perlis pada pagi ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan di laman Facebook tadi memaklumkan antara kawasan yang terlibat adalah keseluruhan daerah di negeri Perlis.
“Di Kedah, cuaca buruk yang sama dilihat tertumpu bagi daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena.
“Hujan lebat serta ribut petir turut berlaku di Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Madu dan Sik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE