fbpx

Arab Saudi paling banyak catat kejayaan pembedahan pisah kembar Siam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEMPOH pembedahan dipendekkan daripada 11 jam kepada 5 jam. – SBA

RIYADH – Arab Saudi mencipta muncul sebagai negara paling banyak merekodkan kejayaan pemisahan pasangan kembar Siam berikutan beberapa pembedahan yang dijalankan menerusi Program untuk Memisahkan Kembar Siam Arab Saudi, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Menurut Pihak Berkuasa Penyiaran Saudi (SBA), negara itu melaksanakan pembedahan pemisahan pertama kembar Siam pada 1990. Sejak itu, ia dikenali sebagai lokasi terbaik di dunia untuk melakukan pembedahan seumpama itu.

Sebanyak 117 kes kembar Siam telah dikaji di Arab Saudi. Pakar-pakar negara itu juga telah menjalankan pembedahan untuk kembar Siam dari 22 buah negara merentasi tiga benua.

Jumlah jam pembedahan untuk memisahkan kembar Siam di negara itu adalah kira-kira 581 jam, manakala pembedahan paling lama mencecah 23 jam setengah.

Terbaharu, satu pasangan kembar Siam dari Yemen, Mawaddah dan Rahma berjaya dipisahkan menerusi Program untuk Memisahkan Kembar Siam Arab Saudi, Khamis lalu.

Pembedahan tersebut adalah yang ke-52 dijalankan di negara itu.

Sepasukan 28 ahli perubatan Arab Saudi yang terdiri daripada doktor, pakar, jururawat dan juruteknik terlibat dalam pembedahan tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI