fbpx

Tentera China ‘bersedia berperang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) menjalani latihan ketenteraan di wilayah Xinjiang pada 4 Januari 2021. - AFP

BEIJING – Satu hantaran yang dimuat naik oleh tentera China mengenai ‘bersedia untuk berperang’ di laman sosial tempatan Weibo, mendapat sokongan beratus-ratus ribu netizen, lapor laman berita RT.

Walaupun hantaran itu disiarkan ketika China memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) supaya tidak melakukan provokasi mengenai isu Taiwan, ia bagaimanapun merujuk kepada sambutan ulang tahun Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) yang akan datang, lapor akhbar Global Times.

Mesej dalam bahasa Mandarin itu dimuat naik kelmarin dalam akaun Weibo milik Tentera Ketumbukan ke-80 PLA yang beribu pejabat di Weifang, wilayah Shandong.

Hantaran itu segera menjana lebih 300,000 reaksi positif dan hampir 20,000 komen.

Frasa dalam bahasa Mandarin itu boleh diterjemahkan sebagai ‘Bersedia untuk berperang’ atau ‘Bersedia untuk berlawan’ tetapi menurut Global Times, terjemahan yang betul adalah ialah ‘Bersedia untuk berperang!’.

Jinping sebelum ini berkata, hanya mereka yang mampu berperang boleh menghentikan pertempuran daripada bermula dan hanya mereka yang bersedia untuk berperang tidak perlu memulakannya. 

Tanggal 1 Ogos ini menandakan ulang tahun ke-95 penubuhan PLA dan tentera China sedang sibuk bersiap sedia untuk meraikannya.

Bagaimanapun, hantaran itu disiarkan sehari selepas panggilan telefon antara Jinping dan Presiden AS, Joe Biden di mana pemimpin China itu menghantar mesej yang sangat jelas kepada Washington.

“Siapa yang bermain api, dia akan binasa. Diharapkan AS akan melihat dengan jelas tentang  ini,” kata Jinping kepada Biden.

Beijing dengan tegas menentang pemisahan Taiwan dalam apa jua bentuk, tambah Jinping. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI