fbpx

Sultan Perak berangkat ke sambutan Hari Pahlawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (tengah) berkenan memeriksa kawalan kehormatan pada Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2022 Negeri Perak di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan berangkat ke sambutan Hari Pahlawan 2022 peringkat negeri yang diadakan di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, barisan exco kerajaan negeri; Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid; Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Abu Bakar Md Ajis dan Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia (2 Bgd), Brigadier Jeneral Mohd. Azmurin Mat Khalib.

Istiadat bermula dengan perarakan masuk panji dan kawalan kehormatan utama dengan iringan pasukan pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah.

Sultan Nazrin kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama terdiri daripada tiga pegawai kanan dan 102 anggota lain-lain pangkat daripada Batalion 1, Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa khas Hari Pahlawan oleh Asisten Superintenden Mohd. Mahyuddin Mohd. Mokhtar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan pendeklamasian sajak berjudul Pahlawanku yang disampaikan oleh Asisten Superintendan Ahirrudin Mat saat dari Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI