fbpx

SMKA Datuk Haji Abu Hassan Hj Sail terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bangunan sekolah yang terbakar kira-kira pukul 1.40 petang tadi. - FOTO NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Penduduk yang tinggal berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abu Hassan Hj Sail, di Pedas, di sini, gempar apabila sekolah berkenaan terbakar kira-kira pukul 1.40 petang tadi.

Salah seorang penduduk, Anis Elam, 31, berkata, dia terkejut apabila ternampak asap berkepul-kepul ke udara dan mendengar bunyi letupan lebih tiga kali.

“Saya segera meminta bantuan orang ramai menghubungi bomba. Tidak lama kemudian, pasukan bomba tiba disusuli beberapa jentera. Asap masih ada sehingga pukul 2 petang ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati, pasukan bomba serta jentera dari balai Bomba bantuan dikejarkan ke lokasi kejadian serta masih memadam kebakaran.

Sementara itu, ibu bapa yang ingin menghantar anak ke sekolah asrama berkenaan juga diarah pulang susulan asrama terbakar. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI