fbpx

Selangor FC harapkan tuah Stadium MBPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELANGOR berpeluang untuk bangkit melupakan kekalahan kepada Sri Pahang apabila dijadual menentang Negeri Sembilan malam ini.

TUAH Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sekali lagi menjadi sandaran Selangor untuk menghadirkan kebangkitan ketika melayan kunjungan Negeri Sembilan malam ini.

Sepanjang enam perlawanan Liga Super, Gergasi Merah nyata terlalu kebal di gelanggang de­ngan meraih empat kemenangan dan dua kali seri, malah venue itu turut menghadirkan tuah dalam saingan Piala FA.

Pengendali Selangor, Michael Feichtenbeiner menegaskan pemain tidak boleh terus dipalit episod duka ketika tewas mengejut kepada Sri Pahang di Stadium Darul Makmur Rabu lalu.

“Apabila kami tidak mampu menghasilkan jaringan, sudah pasti kami akan dihukum dan inilah yang berlaku ketika aksi menentang Sri Pahang.

“Memang ada kalanya perkara ini boleh berlaku, tetapi pemain harus lebih bersedia untuk menyudahkan setiap peluang de­ngan lebih baik,” katanya.

Di atas kertas, kelebihan mungkin lebih berpihak kepada pelawat, namun skuad Hoben Jang Hoben kini turut berada dalam fasa ‘eksperimen’ selepas terpaksa berehat hampir sebulan.

Walaupun menang 2-1 ke atas Terengganu FC, Rabu lalu, pe­ngendali Negeri Sembilan, K. Devan turut akui masih tercari-cari ramuan terbaik untuk kembali meletakkan pasukan pada tahap terbaik.

“Apabila lama tidak beraksi, ia memang beri kesukaran, tetapi pemain kekal bekerja keras,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI