fbpx

Rakyat Britain berdepan denda £1,000 jika guna hos air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakyat Britain boleh didenda sehingga £1,000 kerana melanggar larangan penggunaan hos air. - Getty

LONDON – Rakyat Britain berdepan dengan hukuman denda sehingga £1,000 (RM5,418) jika didapati menggunakan hos air, berikutan larangan yang dikeluarkan syarikat-syarikat air ketika musim kemarau teruk melanda negara itu, lapor akhbar The Sun semalam.

Perubahan itu dijangka menjejaskan sekurang-kurangnya 17 juta orang ketika Britain menghadapi salah satu tahun paling kering dalam rekodnya.

Syarikat Southern Water adalah yang pertama mengumumkan langkah tersebut. Menurut syarikat itu, paras air sungai sangat rendah berikutan lonjakan permintaan semasa gelombang haba musim panas. 

Mereka memberi amaran bahawa orang ramai boleh dikenakan denda yang tinggi jika didapati menggunakan hos air untuk menyiram taman, mencuci kereta atau mengisi kolam ikan dan kolam renang.

Pembekal lain seperti Thames Water, South East Water dan Walsh Water turut memberi amaran bahawa mereka juga mungkin melaksanakan langkah serupa.

“Pengumuman South Water mengenai larangan sementara untuk pelanggannya di Hampshire dan Isle of Wight adalah salah satu daripada banyak langkah yang perlu pertimbangkan bagi mengurangkan penggunaan air yang tidak perlu serta melindungi bekalan pelanggan dan persekitaran,” kata jurucakap sebuah agensi alam sekitar.

Larangan itu dijangka berkuat kuasa pada Jumaat akan datang dan akan menjejaskan 935,000 orang di sekitar setengah juta hartanah. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI