fbpx

Polis kesan warga emas hilang sejak lapan hari lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAIRAN Basir dilaporkan hilang sejak lapan hari lalu selepas keluar dari rumah di Kampung Rancangan Pinggir, Jalaj Bidor-Ayer Hitam, Teluk Intan. - Foto MEDIA SOSIAL

TELUK INTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak lapan hari lalu di Kampung Rancangan Pinggir, Jalan Bidor-Ayer Hitam dekat sini.

Mairan Basir, 66, dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar bersendirian dengan menunggang motosikal jenis Honda Wave 100 berwarna biru pada pukul 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, operasi mengesan warga emas terbabit dilakukan selepas pihaknya menerima laporan dibuat anak lelaki itu di Balai Polis Chui Chak pada Ahad lalu.

Katanya, berdasarkan siasatan, lelaki itu sering keluar rumah untuk minum pagi di kedai dan biasanya akan kembali ke rumah dalam tempoh satu jam.

“Warga emas itu tidak membawa beg atau pakaian ketika keluar melainkan dompet berisi sedikit wang tunai dan kad pengenalan. Dia juga tidak memiliki telefon bimbit.

“Siasatan lanjut mendapati tidak berlaku pertengkaran keluarga sebelum lelaki itu keluar dari rumah. Lelaki itu juga tidak bertengkar mahupun berhutang dengan sesiapa,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ahmad Adnan, keterangan daripada anak warga emas itu, bapanya mengalami ‘mild stroke’ sebelum ini, menyebabkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas dan percakapannya sukar difahami.

Tambahnya, lelaki itu juga dikatakan sedikit nyanyuk dan menjadi pelupa sejak awal tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI