fbpx

Malawi tuntut firma AS bayar cukai RM1.3 trilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan tapak perlombongan mineral di Malawi. - Times.mw

LILONGWE – Malawi menuntut cukai tidak berbayar berjumlah lebih AS$300 bilion(RM1.33 trilion) daripada firma Amerika Syarikat(AS), Columbia Gem House melibatkan mineral yang dilombong di Malawi dan dieksport ke AS. 

Sepucuk surat bertarikh 26 Julai daripada Peguam Negara Malawi, Thabo Chakaka Nyirenda kepada Columbia Gem House menuduh firma itu mengelak cukai berhubung permata delima dan nilam yang dikeluarkan dari Lombong  Chimwadzulo di Ntcheu, Malawi dari tahun 2008.

Dalam satu wawancara bersama agensi berita AFP kelmarin, Nyirenda mengesahkan bahawa beliau yang menulis surat itu.

“Saya sahkan, surat itu daripada saya,” katanya.

Dalam surat berkenaan,  Nyirenda menuduh  Nyala Mines Limited yang merupakan anak syarikat  Columbia Gem House, membayar cukai hanya AS$600 (RM2,670) merangkumi pendapatan AS$24 bilion (RM106.8 bilion) hasil operasi lombongnya  di Malawi.

Nyirenda menuntut Columbia Gem House membayar kerajaan Malawi AS$309,600,000,000 (RM1,377,874,800,000) dalam bentuk cukai.

“Nyala Mines dan Columbia Gem House melanggar undang-undang apabila gagal mendedahkan semua pendapatan daripada  pelaburan mereka di Malawi,” demikian menurut surat berkenaan.

Nyirenda menyatakan bahawa Malawi boleh meminta untuk mendakwa Nyala Mines dan Columbia Gem House serta pegawai mereka bersama sesiapa yang terlibat dalam perbuatan mengelak cukai atau penipuan eksport.

“Kamu (Columbia Gem House) secara tidak jujur menukar nama syarikat perlombongan kepada Nyala Mines Limited bagi menyembunyikan asal usul syarikat tersebut,” kata Nyirenda dalam suratnya.

Beliau menuduh kedua-dua  Nyala Mines dan Columbia Gem House secara jujur mengeksport batu dilema dan nilam secara tidak jujur dan mengaut keuntungan berganda dengan tidak membayar cukai serta royalti yang diwajibkan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI