fbpx

Kena lebih fleksibel untuk pilih calon – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib (tengah) selepas berucap pada konvokesyen BN Selangor, hari ini. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) perlu lebih fleksibel dalam pemilihan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi memastikan kemenangan parti tersebut.

Menurut Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak, formula tersebut telah diguna pakai semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highland dan pemilihan calon bukan daripada MIC telah berjaya memberi kemenangan kepada BN.

“Kita perlu lebih fleksibel dalam pemilihan calon untuk kembali merampas negeri Selangor.

“Di Cameron Highland, kita telah memenangi PRK tersebut setelah memilih calon dalam kalangan orang Asli walaupun ia kerusi tradisi MIC,” katanya ketika berucap pada Konvensyen BN Selangor di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) hari ini.

Najib berkata, BN Selangor sudah letih menjadi pembangkang dan ini adalah masa yang tepat menjadi kerajaan semula. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI