fbpx

[KEMASKINI] Sekolah terbakar : 668 pelajar jalani PdPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bangunan sekolah selepas terbakar. - FOTO: NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Seramai 668 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Datuk Haji Abu Hassan Hj Sail atau lebih dikenali SMK Pedas akan menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selepas bangunan asrama lelaki serta sebuah kelas terbakar hari ini.

Dalam kejadian berkenaan, sepasukan bomba dari tiga buah balai iaitu Rembau, Kota dan Senawang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 1.18 petang.

Menurut Pengetua sekolah berkenaan, Nor Iskandar Muhammad, buat masa ini, pihaknya akan menjalankan sesi PdPR di rumah sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan bagi membolehkan pasukan bomba serta agensi lain menjalankan siasatan.

“Kita bersyukur minggu ini iaitu semasa kebakaran berlaku tiada pelajar di asrama berikutan masing-masing diwajibkan pulang ke rumah dan hari ini dijadualkan pukul 2 petang pelajar akan mula pulang ke asrama.

“Kita juga akan sentiasa mengikuti nasihat dari pasukan bomba bagi tujuan keselamatan pelajar di sekolah yang sudah memasuki usia 26 tahun ini,” katanya ketika ditemui di lokasi di sini hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Arif Ahmad Osasi berkata, kebakaran membabitkan sebuah blok bangunan asrama lelaki di tingkat tiga dan juga sebuah kelas di bangunan berlainan di Blok C.

Menurutnya, kebakaran lebih dua jam di asrama lelaki dipercayai bermula di tingkat tiga iaitu menempatkan 10 bilik asrama, katil serta mesin basuh. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI