BARU-BARU ini bekas pelakon dan juga model terkenal Azah Aziz yang kini menetap di Kanada pulang ke Malaysia bersama ahli keluarganya untuk bercuti.
Sudah alang-alang balik, Azah tak melepaskan peluang untuk bertemu dengan sahabat karibnya iaitu pelakon yang juga penyampai radio, Sharifah Shahira.
Apa yang menarik perhatian, bila tengok ketampanan wajah ketiga-tiga anak lelaki Azah iaitu Aaron, Ryan dan Justin yang masing berusia 23, 16 dan 13 tahun.
Rasa nak gugur iman Diva. Netizen pula jangan cakaplah, masing-masing memuji wajah kacukan ketiga-tiga anak bujang pelakon yang pernah membintangi drama Cinta Korporat itu.
Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Dah ibunya cantik, bapanya mula ‘mat salih’ kacak, tentulah ‘menurun’ pada wajah anak-anak.
Bukan itu sahaja, ramai juga mengusik mana tahu Azah dan Shahira boleh jadi besan suatu hari nanti memandangkan pengacara kelakar itu juga mempunyai anak dara yang cantik.
“Anak-anak Azah semua elok rupa. Kacak,” puji seorang netizen.
“Kacak-kacak belaka anak-anak Azah,” kata seorang lagi peminatnya.
“Boleh jadi besan Azah dan Shahira,” usik seorang pengguna Instagram.
Amboi belum apa-apa lagi ramai dah bagi cadangan. Nakal tau netizen! Sekadar info, Azah mendirikan rumah tangga dengan Daud Leroy Abdullah dan mereka sekeluarga kini menetap di Montreal, Kanada.
DIVA: Laris betul Datuk Adi Putra selepas filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, kemudian muncul dengan Jerangkung Dalam Almari dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.