fbpx

Jokowi minta tidak terburu-buru pilih calon pilpres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jokowi mahu penyokongnya lebih menumpukan mendukung usaha kerajaan memulihkan ekonomi negara buat masa sekarang. - JPNN

JAKARTA -Presiden Joko Widodo (Jokowi) dikatakan meminta penyokongnya supaya tidak tergesa-gesa mengarahkan sokongan kepada calon presiden bagi pilihan raya presiden (pilpres) 2024, lapor stesen penyiaran CNNIndonesia, kelmarin.

Kenyataan itu dibuat ketika Jokowi mengadakan jamuan makan bersama penyokong politiknya di Istana Presiden Bogor kelmarin.

Ketua Umum Arus Bawah Jokowi, Michael Umbas berkata, Jokowi meminta mereka semua supaya fokus membantu program kerajaan.

“Beliau berpesan kepada pengikutnya untuk tidak terburu-buru.

“Jokowi juga menegaskan sekali lagi agar mereka tidak terlibat secara langsung dalam politik,” kata Umbas.

Sebaliknya, Jokowi meminta pengikutnya untuk fokus memperbaiki ekonomi. Lebih-lebih lagi, ketika ekonomi global mengalami kejutan.

Umbas berkata , Jokowi juga meminta penyokongnya akan setia menyokong tindakan  pemerintah. 

“Presiden berharap semua penyokong akan kekal bersatu dan membantu pemerintah,” katanya.

Jokowi menjemput 33 penyokong daripada 17 organisasi ke Istana Presiden Bogor kelmarin dan mengadakan mesyuarat tertutup selama dua jam.

Setiausaha Agung, Projo Handoko mengakui terdapat perbincangan berhubung pilpres  2024.

Para sukarelawan melaporkan rancangan untuk merekrut nama calon presiden melalui perbincangan di 34 wilayah.

“Memang benar kami berbincang mengenai pemilihan calon presiden melalui Musyawarah Rakyat atau Musra” kata Handoko. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI