fbpx

Cristiano Ronaldo bakal turun sertai aksi Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO telah memohon maaf atas insiden tersebut di media sosial, namun FA tetap mengenakan hukuman digantung dua perlawanan dan didenda £50,000. – AFP

MANCHESTER – Sekalipun tidak berada dalam senarai pasukan ke Oslo untuk menentang Atletico Madrid, bintang sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo ak­hirnya mendedahkan bahawa dia akan kembali ke pangkuan pasukan itu.

Dalam satu hantaran di laman sosial Instagram miliknya, Ronaldo mendedahkan bahawa dia akan turun pada aksi pramusim ter­akhir pasukan itu menentang Rayo Vallecano di Old Trafford malam ini.

Walaupun masih timbul beberapa khabar angin tentang masa depannya, Ronaldo enggan terus dihimpit spekulasi yang tidak berkesudahan apabila tampil dengan memberikan kenyataan berkenaan.

Bagaimanapun, kenyataan Ronaldo itu hanya dibuat selepas United mengumumkan senarai 21 pemain untuk aksi menentang Atletico menyebabkan dia terlepas untuk aksi berkenaan.

Ia menjadi berita gembira buat penyokong United selepas media tempatan sebelum ini turut melaporkan bintang Portugal itu sudah pun kembali sertai latihan pasukan di Ca­rington.

Namun, ketika ini juga ejennya, Jorge Mendes masih lagi berusaha untuk cuba mendapatkan kelab baharu buat Ro­naldo yang mengimpikan aksi di pentas Liga Juara-Juara.

“Sesetengah daripada pemain yang tidak dapat sertai pasukan akan turut serta dalam perlawanan dengan Rayo Vallecano. Skuad ini dibina untuk memastikan semua pemain mendapat masa permainan mencukupi,” menurut kenyataan kelab.

Antara yang turut serta bersama pasukan ke Oslo adalah bintang baharu The Red De­vils, Ethan Laird, Tyrell Malacia, Christian Eriksen dan Lisandro Martinez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI