fbpx

Budak 7 tahun meluncur bawah 20 kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi luncur limbo yang dilakukan oleh Deshna. - Pune Mirror

MUMBAI – Seorang kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun dari India mencatat namanya dalam World Guinness Records bagi kategori luncur limbo, lapor agensi berita United Press International (UPI)  kelmarin.

Deshna Nahar dari Pune dalam  negeri Maharashtra, mencatat rekod dunia itu  apabila dia menggunakan kasut roda dan meluncur di bawah 20 kereta dalam masa 13.74 saat.

Deshna memecahkan rekod sebelumnya iaitu 14.15 saat, yang dibuat oleh seorang gadis berusia 14 tahun di China pada 2015.

“Deshna belajar menggunakan kasut roda  sejak dua tahun lalu selepas minatnya wujud dalam aktiviti permainan tersebut dan sejak enam bulan lalu, dia telah bersiap sedia untuk memecahkan rekod ini dalam kategori luncur limbo.

“Jurulatihnya  menyokongnya sepanjang masa. Dia menggalakkan Deshna untuk sentiasa memperbaiki skil dan melakukan  lebih baik dalam  setiap percubaan,” kata Aditya Nahar iaitu  bapa gadis tersebut kepada kepada akhbar Pune Mirror. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI