fbpx

Bapa Atilia Haron meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLAHYARHAM yang juga bekas suami penyanyi Salamiah Hassan itu meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan parkinson (gangguan saraf) Khamis lalu.

PETALING JAYA – Bapa kepada penyanyi Atilia iaitu Raja Haron Raja Aziz, 76, meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan parkinson (gangguan saraf) Khamis lalu.

Atilia berkata, bapanya sudah lama menghidapi komplikasi tersebut dan mereka sekeluarga berlapang dada serta reda dengan ketentuan Ilahi.

Katanya, hubungannya dengan Allahyarham juga sangat akrab biarpun ibu yang juga penyanyi Salamiah Hassan sudah lama berpisah dengan arwah.

“Disebabkan saya anak sulung daripada empat beradik, hubungan kami memang sangat akrab.

“Sejak arwah bapa berpisah dengan ibu ketika saya berumur 12 tahun, hubungan kami tidak pernah berbelah bahagi,” katanya.

Walaupun masih bersedih, pelakon drama Jangan Menangis Cinta itu memberitahu dia dan dan keluarga reda dengan pemergian Allahyarham.

“Saya sangat rapat dengan arwah. Tambahan pula, saya anak perempuan tunggal.

“Takdir tertulis, saya dan keluarga menerimanya dengan berlapang dada. Arwah merupakan insan berhati baik,” katanya lagi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Raja Haron selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam pada Jumaat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI