fbpx

AUG2022: Hanya empat ‘panahan’ emas mengena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAQIERA (dari kiri), Nuramalia dan Nur Afisa berjaya memenangi final recurve berpasukan wanita pada aksi di Stadium PAO hari ini.

UBON RATCHATHANI – Hasrat untuk melihat skuad memanah negara menyapu bersih 10 pingat emas yang ditawarkan pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 gagal menjadi kenyataan.

Ia selepas skuad negara hanya berupaya ‘memanah’ empat emas daripada 10 aksi final yang disertai pada saingan yang berlangsung di Stadium PAO hari ini.

Kem memanah sebelum ini diramal mampu membutirkan pingat emas ke-35 Malaysia, namun sebaliknya berlaku apabila gagal mencapai sasaran lima emas ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Emas pertama dihadiahkan dalam acara recurve berpasukan wanita gandingan Nur Syaqiera Mashayikh, Nuramalia Hanessha Mazlan dan Nur Afisa Abdul Halil selepas menewaskan trio Thailand 6-2.

Selepas itu, giliran Ahmad Afiq-Syaqiera pula memberikan emas kedua menerusi berpasukan campuran sebelum Muhamad Zarif Syahiir ZolkepelI menang 6-2 ke atas Prastyadi Alviyanto Bagas pada final acara recurve individu lelaki.

Emas keempat hadir melalui compound berpasukan wanita dibarisi trio, Iman Aisyah Norazam, Kayalvhily dan Nuraqilah Khairul yang mengetepikan wakil Thailand 229-227.

Secara keseluruhan, skuad memanah recurve dan compound negara berjaya memenangi empat pingat emas, lima pingat perak dan satu pingat gangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI