fbpx

Arab Saudi siap sedia sambut jemaah umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi bersiap-sedia mengalu-alukan kumpulan  jemaah luar negara pertama yang tiba semalam sekali gus menandakan permulaan musim baharu umrah, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Syarikat dan institusi umrah mula mengeluarkan visa untuk jemaah haji, yang memiliki tempoh sah selama tiga bulan atau 90 hari.

Langkah tersebut adalah kali pertama dalam peraturan baharu Kementerian Haji dan Umrah. 

Visa itu membolehkan jemaah luar negara  bergerak  ke semua wilayah dan muhafazat Arab Saudi.

Timbalan Ketua Jawatankuasa Kebangsaan bagi Aktiviti Haji dan Umrah, Hani Al-Amiri mengesahkan kesediaan syarikat dan institusi tempatan untuk menerima jemaah haji bagi musim baharu.

Beliau berkata, lebih 500 syarikat dan institusi Saudi yang berkelayakan, akan menyediakan perkhidmatan kepada jemaah haji, manakala lebih 2,000 ejen luar yang berkelayakan dari semua negara di dunia mendapat akreditasi Kementerian Haji dan Umrah.

Hani menegaskan bahawa peranan jawatankuasa itu adalah untuk menyelaras antara sektor Haji dan Umrah bersama-sama agensi kerajaan, mengemukakan cadangan dan menangani masalah yang mungkin berlaku. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI