fbpx

APMM rampas 20 bubu naga di perairan Kuala Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 20 bubu naga dirampas di barat perairan Kuala Perlis pada petang semalam.

KUALA PERLIS – Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis merampas sebanyak 20 set bubu naga di perairan ini pada petang semalam.

Bubu itu dikesan bot peronda APMM ketika dalam penugasan Ops Aman dan Ops Benteng Laut di kedudukan kira-kira 0.3 batu nautika dari barat Pulau Ketam pada pukul 4 petang.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd. Hashim Mat Zain berkata, kedudukan bubu naga itu dikesan melalui pancang-pancang kayu yang mencurigakan di permukaan air.

“Tinjauan mendapati pancang kayu tersebut adalah penanda lokasi di mana bubu naga dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

“Kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai hampir RM1,600 itu dirampas dan dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah tidak dibenarkan.

“Segelintir nelayan di negeri ini dikesan masih menjalankan kegiatan penangkapan ikan menggunakan bubu naga meskipun penggunaannya diharamkan Jabatan Perikanan sejak 1 November 2018.

“Tahap kesedaran yang rendah dalam komuniti nelayan serta keinginan mengaut untung yang cepat dan mudah antara punca penggunaan bubu naga masih berleluasa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI