fbpx

Polis buru suspek kes pecah cermin kereta, ugut wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan suspek bertindak memecahkan cermin pada bahagian tempat duduk pemandu sebuah kereta yang dipandu seorang wanita di kawasan simpang empat Limbat, Kota Bharu kelmarin

KOTA BHARU – Polis mengesan seorang lelaki yang dipercayai memecahkan cermin kereta dan mengugut seorang wanita dalam kejadian di simpang empat Limbat di sini kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya sudah mengenal pasti lelaki itu berusia 40 tahun selepas menerima laporan daripada mangsa yang berusia 35 tahun.

Menurutnya, polis menjalankan serbuan di rumah suspek di Nilam Puri pukul 2.30 pagi tadi, namun lelaki itu tiada dipercayai telah menghilangkan diri.

“Mengikut keterangan mangsa, dia yang memandu kereta Perodua Axia dihimpit kereta Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki pukul 5.45 petang kelmarin.

“Lelaki itu menghalang laluan mangsa dan berhenti di tengah jalan. Dia kemudiannya menghampiri kereta mangsa dan memecahkan cermin kereta selain mengugut mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, Pasukan Bertindak Khas Jabatan Siasatan Jenayah Daerah dan Kontinjen Kelantan digerakkan untuk memburu lelaki itu.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi dua minit 17 saat yang dirakam mangsa selepas kereta dipandunya dihimpit Toyota Vios.

Menerusi video itu, seorang lelaki keluar dari keretanya dan memecahkan cermin pemandu sebelum mengugut mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI