fbpx

Sukan Universiti ASEAN: Philippa kotakan janji menang emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Philippa (kiri) menewaskan pencabarnya dari Thailand pada aksi final foil individu wanita di Sunee Tower sebentar tadi.

UBON RATCHATHANI – Atlet lawan pedang negara, Philippa Jean Ong Zhiyi menepati jangkaan sebagai pemenang pingat emas bagi acara foil individu wanita pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022.

Philippa tidak dapat mengawal emosi apabila menjerit kegembiraan sejurus menewaskan pencabarnya dari Thailand, Sasinpat Doungpattra 15-10 pada aksi final di Sunee Tower sebentar tadi.

Apa tidaknya, atlet berusia 18 tahun itu diberikan tentangan sengit daripada Doungpattra yang merupakan pemenang pingat gangsa acara foil berpasukan pada Sukan SEA Vietnam 2021.

“Saya bersorak dan menangis selepas tamat perlawanan kerana ia memberikan kelegaan buat saya di atas pencapaian ini.

“Sebab dalam fikiran saya di sini cumalah memenangi pingat emas. Jadi saya terlalu gembira dan lega kerana mengotakan janji untuk muncul juara acara ini.

Philippa

“Selepas ini saya akan cuba untuk bersaing dalam acara berpasukan epee dan sabre. Ini kali pertama saya akan bersaing bagi dua acara itu dan saya akan buat yang terbaik,” katanya.

Ia adalah pingat emas pertama Philippa di pentas AUG dan kedua buat skuad lawan pedang negara setakat hari kedua saingan acara tersebut.

Turut memenangi pingat buat skuad lawan pedang negara hari ini ialah Isaac Seet Kai Xuan yang meraih tempat ketiga dalam acara epee individu lelaki.

Seorang lagi wakil negara hari ini, Natania Tai Li Suet terpaksa akur apabila tumpas di peringkat suku akhir dalam kategori sabre individu wanita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI