fbpx

Pendaki wanita hilang upaya ketika turun Gunung Tahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menyelamatkan pendaki yang hilang upaya ketika perjalanan turun dari Gunung Tahan.

JERANTUT – Kegembiraan sekumpulan individu melakukan aktiviti pendakian di Gunung Tahan di sini bertukar kedukaan apabila seorang pendaki mengalami hilang upaya ketika dalam perjalanan pulang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mangsa, Nadia Azmi, 39, melakukan pendakian bersama 22 pendaki pada Rabu lalu.

“Dalam perjalanan turun dari gunung itu seorang pendaki mengalami hilang upaya di Kem Belumut di Gunung Tahan.

“Bomba telah memohon pesawat untuk ‘winch up’ mangsa di Kem Belumut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa berjaya dibawa menaiki helikopter pada pukul 12.50 tengah hari dan dihantar ke Hospital Gua Musang, Kelantan untuk rawatan lanjut.

Berdasarkan maklumat awal mangsa mengalami kebas daripada pinggang ke kaki menyebabkan tidak dapat berjalan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI