fbpx

Pemandu ekskavator terperangkap dalam tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an terperangkap dalam runtuhan tanah di tapak pembinaan di Jalan Padang Tembak, Pokok Sena hari ini.

ALOR SETAR – Seorang pemandu ekskavator dipercayai terperangkap dalam jentera berat akibat kejadian tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan di Jalan Padang Tembak, Bukit Pinang, Pokok Sena di sini pada pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.37 pagi tadi.

Setakat ini katanya, kerja-kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan.

“Setibanya di lokasi didapati terdapat runtuhan batu di kawasan tersebut dan mangsa yang berusia lingkungan 40-an merupakan pemandu ekskavator tersebut.

“Setakat pukul 11.50 pagi ini mangsa masih belum ditemui dan kerja-kerja mencari serta menyelamat giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan ketika kejadian, beberapa pekerja sedang melakukan kerja-kerja menimbun tanah di tapak pembinaan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI