fbpx

Muhamad Aznil tambah kilauan emas kedua negara di Sukan Komanwel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Aznil menjuarai acara angkat berat kategori 61 kilogram (kg) pada Sukan Komanwel 2022 hari ini

PETALING JAYA – Skuad angkat berat menambah satu lagi pingat emas pada temasya Sukan Komanwel 2022 menerusi Muhamad Aznil Bidin selepas muncul juara bagi kategori 61 kilogram (kg) sebentar tadi.

Impian Aznil untuk meraih pingat emas di Sukan Komanwel sekali lagi terlaksana selepas melakukan angkatan keseluruhan sebanyak 285kg.

Kemenangan tersebut sekali gus memastikan Aznil menambah koleksi emas keduanya selepas merangkul emas tahun lalu di Gold Coast, Australia dalam kategori 62kg.

Atlet Papua New Guinea, Morea Baru yang dijangka memberi tentangan sengit terpaksa berpuas hati meraih perak selepas melakukan angkatan keseluruhan 273kg, manakala gangsa menjadi milik atlet India, Gururaja Poojary.

Terdahulu, Kontinjen Malaysia membutirkan kilauan emas pertama menerusi Mohamad Aniq Kasdan selepas melakukan angkatan terbaik sekali gus memenangi kategori 55kg. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI