fbpx

‘Malam janji jumpa, hari ini anak sudah tiada’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan sehingga meragut dua nyawa di Temerloh pada Rabu lalu.

TEMERLOH – Hasrat seorang ibu untuk berjumpa anaknya bagi membincangkan mengenai hal keluarga tidak kesam­paian apabila mang­sa maut dalam nahas di Kilometer 126, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di sini kelmarin.

Kamariah Mamat, 64, berkata, kali terakhir dia bercakap dengan arwah pada pukul 9 malam, kira-kira lima jam sebelum kejadian yang meragut nyawa anak perempuannya itu.

“Pada sebelah pagi (sehari sebelum kejadian), saya ada menghubunginya tetapi tidak berangkat. Pada malamnya, dia menelefon saya tetapi kami tidak bercakap panjang kerana dia (arwah anak) beritahu mahu berjumpa dan pergi makan bersama hari ini (kelmarin).

“Memang sedih kerana malam tadi dia berjanji akan berjumpa, tetapi pagi ini (kelmarin) dia sudah tiada. Saya reda,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini kelmarin.

Menurut Kamariah, mangsa yang merupakan ibu tunggal dan mempunyai empat anak tinggal di Bukit Setongkol, Kuantan.

Kamariah tidak dapat menahan sebak ketika ditemui di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh kelmarin.

Jenazah arwah dibawa ke Kuantan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang.

Kosmo! semalam melaporkan seorang pemandu dan penumpang Perodua Myvi maut selepas kereta itu melanggar belakang sebuah lori di Kilo­meter 126, LPT1 kelmarin.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu ialah pemandu kereta, Tan Wee Li, 39, dan Nur Susilawati Che Deraman, 35, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI