fbpx

Lelaki cuba bedah hidung sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMBEDAHAN itu dilakukan dengan mengikuti tutorial di YouTube. - Wendy Scofield/Unsplash

BRASILIA – Seorang lelaki di Sao Paolo, Brazil dimasukkan ke unit kecemasan sebuah hospital minggu lalu selepas cuba melakukan pembedahan hidung atau ‘rhinoplasty surgery’ pada dirinya sendiri, lapor laman Oddity Central semalam. 

Lelaki itu berbuat demikian dengan mengikuti tutorial di laman perkongsian video YouTube.

Dia bagaimanapun dimasukkan ke Unit Penjagaan Kecemasan Campo Limpo dengan kesan luka yang dijangkiti kuman.

Lelaki itu memberitahu doktor bahawa dia tidak menggunakan sarung tangan untuk melakukan prosedur berkenaan, tidak membersihkan luka serta tidak membuka jahitannya.

Doktor-doktor di jabatan hidung, tekak dan telinga diberitahu oleh lelaki itu bahawa dia mendapat idea melakukan pembedahan hidungnya sendiri di YouTube.

Lelaki itu menggunakan alkohol untuk membasmi kuman di kawasan hidungnya dan ubat bius veterinar bagi menghilangkan rasa sakit. 

Selepas ‘pembedahan’ itu selesai, dia menggunakan benang dan gam kuat untuk menutup lukanya.

“Selepas dibantu pasukan perubatan kesihatan mental, pesakit itu dirawat oleh pasukan mulut dan maksilofasial (BMF) yang membersihkan luka, membalutnya dan memberikan bimbingan mengenai penjagaan yang diperlukan.

“Pesakit itu dibenarkan pulang pada hari yang sama selain perlu menjalani janji temu susulan dengan pakar BMF,” demikian kenyataan akhbar hospital berkenaan.

Lelaki itu mengunjungi hospital berkenaan pada 21 Julai lepas tetapi kes tersebut hanya didedahkan kepada media pada 28 Julai lalu.  – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI