PELAKON bergelar penyanyi bukan satu perkara aneh dalam industri seni tanah air.
Ada yang berjaya mencipta dua portfolio serentak, namun terdapat juga yang mungkin hanya dilahirkan untuk menjadi pelakon atau penyanyi.
Seorang lagi pelakon yang mencuba nasib bergelar penyanyi ialah Sweet Qismina apabila melancarkan single perdananya berjudul Namo.
Namo yang dilancarkan pada 22 Julai lalu itu membawa maksud tidak mahu atau menolak sesuatu perkara.
Nasib sememangnya menyebelahi Sweet apabila ramai yang memuji muzik Namo sangat segar dan liriknya pula mudah untuk diingati.
Kata netizen, lagu tersebut mempunyai aura dan elemen yang mirip dengan lagu milik kumpulan popular Korea, Blackpink dan penyanyi terkenal Indonesia, Agnes Monica.
“Mula-mula rasa kurang sedap tetapi lama-kelamaan ‘ketagih’ pula nak dengar,” puji peminat lagu tersebut.
“Padu lagu ini. Ada aura Lisa Blackpink sikit,” puji netizen.