fbpx

Kevin De Bruyne galas harapan Pep Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE (kanan) akan terus menjadi nadi penting City memburu kemenangan pada aksi Perisai Komuniti menentang Liverpool tengah malam ini. – AFP

LONDON – Bintang tengah Manchester City, Kevin De Bruyne akan terus kekal menjadi ‘orang kanan’ buat Pep Guardiola untuk menghadapi Liverpool dalam aksi Perisai Komuniti di Stadium King Power, tengah malam ini.

Walaupun tumpuan lebih ter­arah kepada Erling Haaland, pe­ngurus dari Sepanyol itu dijangka akan terus bergantung harap kepada De Bruyne yang kini muncul satu-satunya tonggak dari skuad pertama Guardiola ketika beliau mula tiba di Etihad pada 2016.

Guardiola menghamburkan pujian kepada pemain Belgium itu dan melabelnya sebagai bintang tengah terbaik dunia, malah sikap dan keperibadian De Bruyne juga begitu disenangi oleh semua orang dalam pasukan.

“Saya boleh katakan dia pemain tengah terbaik dunia. Dia juga pemain terakhir yang masih kekal sejak saya tiba di kelab ini dan saya gembira kerana dia juga mampu menjaringkan gol, bukannya hanya membuat bantuan jaringan.

“Ketika detik-detik peting, dia adalah watak utama buat pasukan. Dia begitu matang, dapat memahami perlawanan dengan sempurna dan akan jadi pemain lebih baik, namun saya yakin dia tidak akan mengakuinya kerana dia seorang yang pemalu.

“Dia tidak akan berpura-pura untuk menjadi orang lain. Saya begitu suka untuk bekerja bersama pemain seperti Kevin,” katanya.

Sepanjang berkhidmat dengan City, De Bruyne membantu The Citizens menjulang empat piala Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan lima Piala Liga Inggeris.

Bagaimanapun, Guardiola tetap yakin kehadiran Haaland, Kalvin Phillips dan Julian Alvarez akan membantu pasukan untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali kelima dalam tempoh tujuh musim.

Bagaimanapun, Guardiola enggan melakukan perubahan besar terhadap pasukan itu hanya untuk menyesuaikan de­ngan pemain baharu, namun mengakui kemasukan beberapa pemain akan dapat mengubat kerinduan terhadap Raheem Sterling, Oleksandr Zinchenko dan Gabriel Jesus.

“Kami tidak akan mengubah cara kami bermain dan kami mahu Erling Haaland, Kalvin Phillips dan Julian Alvarez dapat berikan aksi terbaik mengikut cara mereka sendiri,” jelasnya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN