fbpx

Jokowi tangguh bina lapangan terbang kedua Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lapangan terbang kedua ini sepatutnya siap dibina pada 2024, seiring dengan tahun terakhir pentadbiran Jokowi. - Coconut News

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menangguhkan pembinaan lapangan terbang kedua di pulau peranginan Bali, lapor laman berita Coconut News semalam.

Lapangan Terbang Bali Utara itu pada asalnya dijadualkan siap menjelang 2024, bertepatan dengan tahun terakhir  Jokowi memegang jawatan Presiden Indonesia.

Bagaimanapun, lapangan terbang itu   dikeluarkan daripada Projek Strategik Nasional (PSN) bersama-sama projek infrastruktur lain seperti Empangan Tiro di Aceh dan Pusat Ekonomi Tanjung Api-Api di Sumatera Selatan.

Timbalan Pembangunan Wilayah dan Perancangan Spatial Kementerian Penyelarasan Ekonomi, Wahyu Utomo berkata dalam satu kenyataan bahawa kekurangan kemajuan pembinaan di lapangan terbang baharu itu menjadi sebab utama keputusan itu.

“Pemaju telah diberi amaran untuk menyiapkan projek mengikut garis masa yang ditetapkan tetapi tiada kemajuan dilihat,  maka ditarik keluar dari PSN,” ujar Wahyu.

Pegawai kerajaan dilaporkan tidak berjaya memperoleh semua tanah penduduk tempatan yang diperlukan untuk Lapangan Terbang Bali Utara walaupun tarikh akhir pelancaran operasi 2024.

Lapangan terbang luar pesisir itu sepatutnya ditempatkan di Kubutambahan, Buleleng dan dikemudi oleh syarikat pembinaan lapangan terbang swasta PT BIBU Panji Sakti.

China Construction First Group Corp. Ltd, anak syarikat milik kerajaan China State Construction Engineering Corp. Ltd, telah bersedia untuk mengendalikan pembinaan lapangan terbang baharu itu.

Dalam satu kenyataan berasingan, Pemangku Raja Buleleng, Putu Agus Suradnyana berkata bahawa beliau terkejut dengan pengumuman kerajaan pusat, berkata adalah penting bagi pulau itu untuk mempunyai lapangan terbang kedua bagi mengelakkan kesesakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai.

“Kini ia kembali kepada kerajaan wilayah untuk berjuang supaya pembinaan lapangan terbang baharu menjadi kenyataan,”katanya.

Putu Agus berkata pandemik Covid-19 berkemungkinan memaksa pemerintah pusat  untuk mengutamakan projek lain tetapi menyatakan bahawa penangguhan ini bukanlah penamat kepada kewujudan lapangan terbang baharu Bali. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI