fbpx

Impian Klopp lengkapkan resume di England getir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP mendedahkan sudah terapkan taktikal untuk mengekang jentera serangan City meskipun di atas kertas, ia nampak mustahil bagi menghalang Haaland di Anfield malam ini. – AFP

LONDON – Berbanding Manchester City, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp bakal mengharungi detik getir untuk cuba melengkapkan resumenya di bumi England dengan memena­ngi Perisai Komuniti di Stadium King Power tengah malam ini.

Sejak tiba di Anfield pada peng­hujung 2015, trofi ini menjadi menjadi satu-satunya pertan­dingan domestik yang belum pernah dimenangi Klopp, namun ketika ini beliau dihimpit keraguan dan masalah kecederaan pemain.

Klopp mendakwa pertan­dingan ini dilangsungkan terlalu awal, selepas mereka mengharungi perjalanan agak panjang, musim lalu.

“Kami mengharungi musim yang panjang berbanding pa­sukan lain dan kini terpaksa harungi pramusim lebih pendek. Saya sukakan pertandingan ini, namun saya fikir ia mungkin ia boleh diadakan pada tarikh lain.

“Ia tidak masuk akal, namun kami perlu mencari jalan dan kami sedang berusaha ke arah itu kerana kami juga tidak sabar untuk menghadapinya.

“Sebelum ini kami pernah bermain di perlawanan ini dan sudah pasti ia akan menjadi sesuatu yang cukup manis jika kami menang. Trofi ini menjadi satu lagi piala yang kami perlu menang,” katanya.

Selain keraguan terhadap kualiti Darwin Nunez, Klopp sudah pun mengesahkan bakal kehilangan khidmat penjaga gol utamanya, Alisson Becker, malah Diogo Jota akan tersisih daripada perlawanan ini ekoran masalah otot.

Sepanjang terbabit dalam pertandingan ini, Klopp hanya berpuas hati dengan status naib juara pada musim 2019 dan 2020, tewas kepada City dan Arsenal.

“Sudah tentu jadual menjadi salah satu cabarannya, namun kami perlu atasinya dengan lebih baik. Walaupun tewas (kepada Salzburg dalam pramusim) saya dapat lihat kami berada dalam keadaan baik.

“Jadi, saya harap kami mampu menghadirkan sesuatu dalam padang dan kami akan terus bersatu untuk menghadapinya serta cuba untuk memenanginya kali ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI