fbpx

Helikopter terhempas di gunung ketika jalani misi menyelamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HELIKOPTER itu berputar sebelum terhempas di lereng gunung. – daily star

TBILISI, Georgia – Sebuah helikopter meletup semasa melakukan operasi menyelamat di sebuah pusat peranginan ski popular di Georgia, lapor akhbar Daily Star semalam.

Helikopter itu dirakam berpusing-pusing di ruang udara sebelum melanggar lereng sebuah gunung dan meletup. Ketika kejadian, helikopter itu digunakan dalam misi untuk menyelamatkan dua paraglider yang terkandas.  

Pasukan kecemasan berada di dalam helikopter itu ketika nahas berlaku.

Nahas itu berlaku di Gudauri yang merupakan pusat peranginan ski popular untuk aktiviti luncur angin dan paragliding pada musim panas.

Agensi berita APA melaporkan, lima orang berada di dalam helikopter itu termasuk dua juruterbang dan tiga pekerja penyelamat.

Orang ramai merakam kemalangan itu yang menghasilkan kepulan asap hitam dan api.

“Selain kru helikopter, anggota terdapat paramedik dan pegawai perubatan Kementerian Dalam Negeri.

“Semua butiran mengenai kejadian itu tepat dan Kementerian Dalam Negeri akan memberikan maklumat tambahan kepada orang ramai,” jelas kementerian tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI