fbpx

Barcelona menang ‘perang’ pikat Jules Kounde

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOUNDE dilaporkan telah melengkapkan perpindahan ke Barcelona biarpun dicabar sengit oleh Chelsea sebelum ini. – AFP

BARCELONA – Pertahanan antarabangsa Perancis, Jules Kounde akhirnya telah melengkapkan perpindahan secara rasmi ke Barcelona dengan nilai perpindahan sebanyak £46 juta (RM249 juta) daripada pasukan Sevilla awal pagi semalam.

Situasi tersebut sekali gus menyaksikan skuad The Catalans memenangi perebutan dalam usaha mendapatkan khid­mat Kounde yang turut berada dalam radar kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea sebelum ini.

Kehadiran Kounde menyaksikan dirinya menjadi pemain yang kelima ditandatangani oleh Barcelona selepas berbelanja mewah apabila terlebih dahulu mendapatkan Robert Lewandowski, Raphinha, Andreas Christensen dan Franck Kessie sebelum ini.

Kata Kounde, peluang untuk menyertai kelab Barcelona kendalian Xavi Hernandez adalah sesuatu yang sukar untuk dilepaskan dan kini berazam memberikan seratus peratus bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Saya sangat berbangga dengan peluang serta kepercayaan yang diberikan oleh Barcelona dan ini adalah detik yang paling menggembirakan dalam karier saya kerana semua tahu betapa besar dan istimewanya pasukan ini.

“Sevilla adalah kelab yang bagus tetapi Barcelona akan membawa ka­rier saya ke tahap yang lebih tinggi kerana inilah antara pasukan terbaik di dunia dan kita akan memburu kejuaraan bersama-sama,” katanya.

Barcelona dijangka sudah melengkapkan ‘misi’ pada jendela perpindahan kali ini dengan kehadiran Kounde dan kini dalam proses untuk menjual beberapa pemain yang tidak lagi diperlukan dalam pasukan musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI