fbpx

Yayasan Bank Rakyat sumbang bantuan persekolahan RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sulaiman (tengah) bersama Syaiful Rizal (Kanan) dan Fairul Nizam (kiri) ketika menyempurnakan majlis serahan replika cek bantuan persekolahan hari ini.

PETALING JAYA – Yayasan Bank Rakyat (YBR) memberi bantuan persekolahan sebanyak RM100,000 kepada murid sekolah rendah dan menengah di Melaka.

Pengerusi YBR, Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin berkata, bantuan terutama kepada pelajar golongan berpendapatan rendah B40 itu diagihkan di sekitar Tangga Batu, Kota Melaka dan Asahan.

Menurut beliau, seramai 1,000 murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah menerima bantuan menerusi program tersebut.

“Sumbangan ini diharapkan dapat membantu khususnya keluarga B40 menyediakan kelengkapan persekolahan dari segi pembelian set baju, kasut dan stoking atau beg sekolah.

“Bantuan persekolahan berbentuk tunai RM100 juga diberikan untuk membantu ibu bapa atau penjaga menanggung persekolahan semasa fasa peralihan ke endemik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, bantuan yang disalurkan itu diharapkan dapat memberi suntikan semangat kepada pelajar terlibat untuk terus menuntut ilmu.

Sehingga kini, seramai 60,558 pelajar menerima manfaat melibatkan peruntukan RM6.72 juta sejak 2018.

Bagi tahun 2022, sejumlah RM3 juta diperuntukkan bagi program bantuan persekolahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI