fbpx

Lebih tiga jam pujuk Paa Subong pindah habitat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suria dan Kala berjaya memujuk Paa Subong (tengah) untuk naik ke atas lori sebelum ia dipindahkan ke habitat yang sesuai selepas ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil masa tiga jam setengah untuk memindahkan seekor gajah jantan liar, Paa Subong di Kampung Subong di sini hari ini.

Ketua Operasi Translokasi Gajah Liar Kampung Subong, Mohamad Syazwan Fais Mohamad Rodzi berkata, seramai 20 anggota Perhilitan terlibat dalam operasi memindahkan haiwan berusia lebih 30 tahun ke habitat yang sesuai selepas ini.

Dua ekor gajah denak iaitu Suria dan Kala dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Sungai Deka, Hulu Terengganu digunakan untuk memujuk gajah jantan seberat dua tan itu.

“Paa Subong dikesan pukul 4.30 petang Rabu lalu di kawasan kebun di Jalan Subong, Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah.

“Operasi mengesan gajah itu dilakukan Unit Tangkapan Gajah Perhilitan Kelantan, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Sungai Deka dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah sejak Ahad lalu,” katanya.

Mohamad Syazwan Fais berkata, pihaknya percaya gajah itu berasal dari hutan simpan berhampiran Hutan Simpan Nenggiri.

Sementara itu, pekebun, Zahari daud, 52, berkata, lebih 100 pekebun mampu menarik nafas lega apabila gajah tersebut yang mengganggu tanaman mereka lebih sebulan lalu telah berjaya ditangkap.

“Kami bersyukur, akhirnya masalah dan kerugian yang dialami kami selesai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI