fbpx

1 Muharam detik terbaik baiki diri – Sultan Mizan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Mizan (kiri) menyampaikan kurnia kepada Mohd. Zuki (kanan) yang merupakan Tokoh Maal Hijrah Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengajak umat Islam agar menghayati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad untuk membangkitkan kesedaran memenuhi tanggungjawab selaku khalifah Allah.

Baginda bertitah, ia selaras dengan perintah Allah agar manusia melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah yang memacu kemakmuran bumi secara kolektif.

“Kita merasa cukup bertuah kerana peranan dimainkan oleh setiap rakyat di negara ini memberi seribu makna dalam mengekalkan nilai kemakmuran dipupuk hasil toleransi, kerjasama dan muafakat generasi terdahulu.

“Sikap tolong menolong atas prinsip perpaduan umat manusia sebagai satu keluarga besar walaupun terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum, suku, bangsa dan agama menjadi asas penting kemakmuran negara,” titah baginda.

Sultan Mizah bertitah demikian sewaktu merasmikan sambutan Maal Hijrah 1444 Hijri peringkat Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Pada majlis sama, baginda berkenan mengurniakan anugerah Tokoh Maal Hijrah Terengganu kepada Ketua Setiusaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Sultan Mizan turut mengajak umat Islam menjadikan 1 Muharam sebagai detik terbaik untuk memperbaiki diri.

Titah baginda lagi, detik tahun baharu hijrah perlu dimanfaatkan sebagai pemangkin untuk kembali mencari peluang, kekuatan dan keyakinan bagi meneroka perubahan yang lebih baik setelah menempuhi pelbagai ujian melanda kehidupan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI