fbpx

Skuad renang pecah rekod temasya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUARTET negara meraih pingat emas dengan rekod baharu AUG dalam acara 4x200m gaya bebas lelaki pada aksi di Kampus Ban Yang Noi sebentar tadi.

UBON RATCHATHANI – Kuartet renang 4×200 meter (m) gaya bebas lelaki negara mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi pingat emas dengan rekod baharu Sukan Universiti ASEAN (AUG) pada edisi 2022 kali ini.

Gandingan perenang Terence Ng Shin Jie, Low Zheng Yong, Sebastian Soon dan Welson Sim mencatat masa tujuh minit 32.34 saat (s) pada aksi final yang berlangsung di Kampus Ban Yang Noi sebentar tadi.

Ia secara tidak langsung memecahkan rekod temasya berusia enam tahun, 7:34.21s yang juga dilakukan oleh kuartet negara ketika menjuarai edisi 2016 di Singapura.

Pingat perak pula bagi 4x200m gaya bebas lelaki sebentar tadi dimenangi oleh Indonesia selepas mencatat masa 7:32.73s diikuti Thailand di tempat ketiga dengan catatan 8:04.04s.

Malaysia turut memenangi satu lagi pingat emas pada saingan hari keempat acara renang melalui Sebastian Soon dalam kategori 400m medley individu melalui catatan masa 4:32.27s.

Selain itu, Malaysia turut memenangi dua perak melalui Zheng Yong untuk 400m medley individu lelaki dan Goh Chia Tong bagi 400m medley individu wanita.

Dua gangsa terakhir negara bagi menutup saingan hari ini disumbangkan oleh Ng Jing Fu (400m kuak dada lelaki) dan Ong Yong Qi (400m medley individu wanita).

Secara keseluruhan, skuad renang negara sudah memenangi lima pingat emas, lapan perak dan lapan gangsa sekali gus masih lagi berpeluang untuk memenuhi sasaran lapan emas ditetapkan pada hari terakhir esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI