fbpx

Pindaan Perlembagaan UMNO diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan.

PETALING JAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO agar pemilihan parti di semua peringkat tidak boleh lebih daripada enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau telah menerima surat daripada Pendaftar RoS berhubung perkara tersebut pada petang tadi.

Menurutnya, berdasarkan surat itu, ROS telah meluluskan sedikit pindaan kepada permohonan berkaitan Perlembagaan UMNO dan kelulusannya berkuat kuasa hari ini.

“RoS bersetuju kepada pindaan Perlembagaan UMNO agar pemilihan parti di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih dari enam bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat).

“Dalam masa sama, RoS juga meminta agar satu pemilihan perlu diadakan dalam satu penggal Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat).

“Ini bermakna pemilihan parti untuk penggal ini hanya akan dibuat tidak lewat dari enam bulan selepas PRU-15 diadakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, bagi pihak UMNO, beliau mengucapkan terima kasih kepada RoS dan semua pihak yang terlibat dalam meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO.

Menerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) sebelum ini, UMNO meminda perlembagaan agar pemilihan parti tersebut diadakan selepas enam bulan PRU. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI