fbpx

Penduduk Melaka cecah sejuta tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Melaka mencatatkan sejarah tersendiri apabila merekodkan jumlah penduduk sebanyak sejuta orang tahun lalu menerusi Banci Penduduk dan Perumahan 2020 yang dilaksanakan baru-baru ini.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, menerusi bancian itu juga, Putrajaya mencatatkan jumlah penduduk muda iaitu antara umur 0 hingga 14 tahun tertinggi dengan merekodkan sebanyak 37.4 peratus.

“Sabah pula mencatatkan jumlah penduduk umur bekerja (15 hingga 64 tahun) tertinggi dengan 65.1 peratus pada 2022.

“Secara purata, Malaysia mempunyai kepadatan penduduk 99 orang per satu kilometer persegi dan Kuala Lumpur
mencatatkan kepadatan penduduk tertinggi dengan 8,045 orang per satu kilometer persegi,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Mohd. Uzir berkata, selepas Kuala Lumpur, jumlah kepadatan penduduk tertinggi dilaporkan di Putrajaya (2,418) dan Pulau Pinang (1,656).

“Sarawak mempunyai kepadatan penduduk terendah dengan 20 orang per satu kilometer persegi diikuti oleh
Pahang (45) dan Sabah (46),” jelasnya.

Katanya lagi, 10 negeri turut mencatatkan kadar pertumbuhan lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan diperingkat nasional tahun ini iaitu Selangor (21.6 peratus), Johor (12.3 peratus) dan Sabah (10.4 peratus).

“Labuan dan Putrajaya mencatatkan komposisi penduduk terendah iaitu masing-masing 0.3 peratus dan 0.4 peratus. Bagaimanapun, Putrajaya mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk tahunan tertinggi bagi tempoh 2021-2022 iaitu sebanyak 4.3 peratus,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI