fbpx

Penderma darah di Kelantan paling sedikit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (dua kanan) berbual dengan penderma darah yang hadir pada Hari Menderma Darah Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di ruang legar pusat beli-belah KB Mall , Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kelantan berada pada kedudukan tercorot apabila mencatatkan bilangan penderma darah paling sedikit berbanding negeri-negeri lain setakat ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, perkara itu disahkan menerusi data Pusat Darah Negara (PDN) apabila hanya 1.7 peratus atau 17 daripada 1,000 individu yang menderma darah di negeri ini.

Menurutnya, jumlah tersebut amat rendah berbanding di negeri maju seperti Johor, Pulau Pinang dan Selangor yang boleh mencatatkan seramai 40 hingga 50 orang daripada 1,000 individu yang menderma darah.

“Bagaimanapun, data PDN yang dicatatkan bagi Kelantan itu tidak menyebabkan krisis atau masalah melibatkan tabung darah di negeri ini. JKNK sentiasa menjalankan program menderma darah bagi memastikan bekalan mencukupi pada setiap masa.

“Kebanyakan orang awam di Kelantan tidak menderma darah atas beberapa faktor antaranya takut, sakit dan gemuk. Kita turut mendapati mereka hanya akan menderma darah apabila berlaku kecemasan melibatkan ahli keluarga mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Hari Menderma Darah Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di ruang legar pusat beli-belah KB Mall di sini hari ini.

Dalam program itu, dianggarkan seramai 500 individu menderma darah termasuk ahli-ahmi badan bukan kerajaan dan lain-lain agensi.

Mengulas lanjut, menurut Zaini, JKNK memerlukan sebanyak 150 hingga 200 beg darah setiap untuk kegunaan pesakit di hospital.

Tambahnya, beliau berharap masyarakat di Kelantan membuka mata mengenai perkara itu dan terus menderma darah demi menyelamatkan nyawa pesakit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI