fbpx

Niat mahu meminang, lelaki terus dapat isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario majlis perkahwinan serba ringkas yang diadakan di ruang tamu sebuah rumah. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang lelaki yang berkunjung ke rumah wanita pilihannya dengan niat untuk meminang tetapi mereka dikahwinkan di tempat kejadian, lapor laman berita Suara.com.

Wanita itu merakamkan detik dia berkahwin dengan suaminya, manakala video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok @mrs.perdana. 

Menurutnya, keluarga kedua-dua belah pihak pada awalnya mengadakan pertemuan bertujuan untuk meminang.

Bagaimanapun, pertemuan serba ringkas di ruang tamu sebuah rumah itu bertukar menjadi majlis akad nikah.

Selepas berbincang, bapa wanita itu segera bersetuju dengan lamaran pilihan hati anaknya yang juga pertama kali ditemuinya. Mereka segera dikahwinkan di hadapan ahli keluarga yang lain.

“Niat untuk melamar serta memperkenalkan bakal suami, ternyata terus dinikahkan oleh bapa saya. Padahal ini pertemuan pertama bakal suami bersama keluarga,” kata wanita itu.

Rakaman seterusnya memaparkan detik pengantin lelaki menyarung cincin pada jari pengantin perempuan.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Pengantin tidak perlu acara mewah, yang penting keberkatan,” kata seorang netizen.

“Kerana orang tua tidak akan pernah salah dengan pilihannya,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI