fbpx

Menteri nafi pinjam duit dalam Telegram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Junaidi.

SHAH ALAM- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menafikan bahawa ada memohon untuk meminjam wang daripada kenalan serta individu melalui aplikasi, Telegram.

Menurutnya, beliau telah dihubungi beberapa individu serta kenalan rapatnya berhubung perkara itu sejak beberapa hari lalu.

“Saya akan buat laporan polis berhubung perkara ini.

“Harap orang ramai tidak terpedaya dengan individu atau pihak yang guna nombor saya dalam Telegram itu untuk pinjam duit,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tangkap layar perbualan scammer meminta pinjaman wang menggunakan gambar Wan Junaidi.

Terdahulu, wartawan Kosmo! telah menerima satu mesej daripada pemilik akaun Telegram yang menggunakan nombor serta gambar Wan Junaidi susulan ingin meminjam wang berjumlah RM3,000.

Individu tersebut memaklumkan bahawa dia akan ‘membayar semula’ duit tersebut pada hari sama, kerana mahu menggunakannya untuk urusan terdesak.

“Nanti masukkan duit ke akaun bank Public Bank di atas nama Husin bin Abidin dan tulis sebab pemindahan wang atas sebab Wan Junaidi.

“Nanti dah pindahkan duit, hantar salinan resit supaya saya ambil maklum apabila dah masukkan duit dalam akaun saya,” ujar individu itu. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI