fbpx

Hector Pablo Bidoglio pengendali baharu Harimau Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIDOGLIO yang pernah menimba ilmu di kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis, dilantik sebagai ketua jurulatih baharu JDT mengganti Mora. – JOHOR SOUTHERN TIGERS

KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan kehadiran Hector Pablo Bidoglio untuk mengisi kekosongan ketua jurulatih bagi menggantikan Benjamin Mora yang melepaskan jawatan berkuat kuasa secara rasmi semalam.

Sebagai rekod, Mora telah ‘berpisah’ dengan pengurusan skuad Harimau Selatan itu kelmarin kerana mempunyai urusan keluarga yang perlu diselesaikan di Mexico.

Menerusi kenyataan di laman rasmi Johor Southern Tigers, pengendali berusia 54 tahun tersebut pernah beraksi untuk pasukan kebangsaan Venezuela selain pernah membimbing kelab terkemuka Argentina, ­Newell’s Old Boys.

“Bidoglio memulakan karier kejurulatihan dengan kelab Argentina, Newell’s Old Boys. Beliau sebelum ini pernah menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador.

“Pengendali berusia 54 tahun ini pernah menimba ilmu di kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis.

“Beliau juga telah berguru dengan pengurus tersohor Marcelo Bielsa ketika bersama pasukan kebangsaan Chile pada 2009,” kata kenyataan itu.

Difahamkan, Bidoglio hadir menyaksikan aksi JDT menentang Sarawak pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching yang menyaksikan skuad Harimau Selatan melakar kemenangan bergaya 4-0.

Ujian pertama Bidoglio sebagai pengendali pasukan adalah ketika menentang Kuala Lumpur City FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Isnin ini.

Untuk rekod, Mora telah mengendalikan 148 perlawanan sepanjang dua kali tugasan sebagai jurulatih JDT sejak 2017 dan memenangi 102 perlawanan.

Mora merupakan jurulatih JDT paling berjaya dalam sejarah kelab dengan mengemudi empat kejuaraan Liga Super Malaysia, empat Piala Sumbangsih, satu ­Piala Malaysia dan membawa JDT ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI