fbpx

Darwin Nunez perlukan bantuan rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ dilihat berdepan kesukaran untuk menjalankan tugasnya sebagai penyerang ketika aksi menentang Salzburg. – TWITTER LIVERPOOL

VIENNA – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp sekali lagi terpaksa tampil mempertahankan pe­nyerangnya, Darwin Nu­nez selepas skuad kendaliannya meng­alami kekalahan 0-1 kepada Salzburg pada aksi terakhir persahabatan pramusim.

Bintang dari Uruguay berusia 23 tahun itu diberi tempoh 45 minit di babak pertama, namun di sebalik penguasaan yang dipamerkan sepanjang perlawanan, The Reds masih gagal menjelmakan sebarang jaringan.

Pengurus dari Jerman itu berkata, Nunez tidak boleh bersendirian dan memerlukan bantuan rakan sepasukan untuk menghantar bola kepadanya di dalam kotak penalti.

“Terutamanya di babak pertama, majoriti pemain perlu membiasakan diri dengan apa yang kami lakukan. Darwin sering berkeseorangan apabila pemain lain turun ke bawah untuk mencipta gerakan dan hanya sekali bola mampu dihantar kepada Darwin di dalam kotak penalti.

“Ada ketikanya dia hampir menjaringkan gol, tetapi dia sebenarnya masih memerlukan sokongan daripada orang sekeli­lingnya. Ia bukan keputusan yang baik, tetapi kami perlu ambil pengalaman ini dan segera lupakan kekalahan,” katanya.

Pada perlawanan di Red Bull Arena itu, jaringan tunggal daripada Benjamin Sesko pada minit ke-31 sudah cukup untuk menghadiahkan kemenangan buat Salzburg.

Dalam masa sama, Klopp juga kurang gembira dengan kekasaran dilakukan pemain tuan rumah dan menyifatkan Salzburg beraksi dengan cukup bersema­ngat untuk meraih kemenangan ke atas Liverpool.

“Bagi Salzburg, ia bukan aksi persabahatan. Mereka melakukan kekasaran, namun kami tetap menghormatinya kerana mereka sudah lakukan sehabis baik.

“Kadang-kadang saya tidak begitu suka dengan asakan se­perti itu tetapi saya tiada masalah kerana tidak ada apa-apa (kecederaan) yang berlaku,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN