fbpx

Banjir Baling : 58 mangsa dipindahkan ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang di Kupang sejak malam tadi.

BALING – Sebanyak  58 mangsa daripada 19 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dilanda banjir kilat akibat limpahan Sungai Kupang di sini pada semalam.

Timbalan Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Lt (PA) Dzulhaidy Mohd Khalil berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian banjir kilat itu kira-kira pukul 5 petang semalam.

“Hujan lebat selama tiga jam bermula kira- kira pukul 2 petang semalam menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai.

“Satu PPS dibuka di Dewan Terbuka Kampung Padang Empang pada pukul 9 malam tadi yang kini menempatkan 58 mangsa,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan penduduk di Kampung Iboi, Kupang di sini mula dilanda kerisauan apabila paras Sungai Kupang semakin meningkat dengan arus deras selepas berlaku hujan lebat di situ.

Paras sungai dikatakan sudah mencecah jambatan Bailey yang dibina sementara bagi menggantikan jambatan lama yang runtuh akibat kejadian kepala air pada 4 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI